Arapaima Forum Lounge


 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Sesapa yang berminat untuk bekerja di Pejabat Dato ’ Seri Anwar Ibrahim

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Posts : 302
Join date : 2008-03-21

PostSubject: Sesapa yang berminat untuk bekerja di Pejabat Dato ’ Seri Anwar Ibrahim   Tue Mar 25, 2008 2:21 pm

keje kosong!!!




http://anwaribrahimblog.com/2008/03/11/peluang-kerja/#more-1640


Jawatan-jawatan berikut kini terbuka untuk diisi di Pejabat Dato’ Seri
Anwar Ibrahim.


The following positions are now open in the Office of Dato’ Seri Anwar
Ibrahim.

Individu yang berminat dan berkelayakan dijemput menghantar resume, surat
penghadap (cover letter) dan sebarang surat syor (recommendation letter) ke
kerjaya[at]adilmail.com. Untuk jawatan Ketua Penulis dan Penyelidik, sila
sertakan contoh penulisan yang pendek.


1. Penyelaras Program


Gambaran kerja:
a. Menjadi hubungan utama untuk semua organisasi, institusi parti dan
individu yang menganjurkan majlis awam melibatkan DSAI.
b. Memastikan bahawa semua program diselaraskan dan dianjurkan dengan baik.


Keperluan:
a. Ijazah sarjana muda
b. Pengalaman 2-5 tahun sebagai pembantu peribadi, pengurus majlis, atau
penyelaras program.
c. Minima: petah berbahasa Melayu dan Inggeris; kemahiran dalam
bahasa-bahasa lain lebih baik lagi
d. Kemahiran menggunakan komputer dan Internet
e. Sikap yang profesional, ketrampilan yang mesra dan etika kerja yang
penuh berdedikasi.
f. Kebolehan dan kesanggupan bekerja dalam keadaan waktu kerja yang panjang
dan pada bila-bila waktu.


2. Pegawai Perhubungan Awam


Gambaran kerja:
a. Menjadi hubungan untuk semua maklumat awam berkaitan DSAI, terutamanya
untuk akhbar dan media.
b. Mengatur dan menyelaras sidang akhbar dan wawancara media.
c. Menjawab semua pertanyaan awam mengenai DSAI.


Keperluan:
a. Ijazah sarjana muda
b. Pengalaman 2-5 tahun dalam media, perhubungan awam ataupun hal-hal
akhbar.
c. Minima: petah berbahasa Melayu dan Inggeris; kemahiran dalam
bahasa-bahasa lain adalah digalakkan.
d. Kemahiran menggunakan komputer dan Internet
e. Sikap yang profesional, ketrampilan yang menarik dan etika kerja yang
penuh berdedikasi.
f. Kebolehan dan kesanggupan bekerja dalam keadaan waktu kerja yang panjang
dan pada bila-bila waktu.


3. Ketua Penulis dan Penyelidik


Gambaran kerja:
a. Menyelia semua bahan tertulis yang dikeluarkan Pejabat DSAI, termasuklah
penterjemahan.
b. Melakukan dan menyelaraskan aktiviti penyelidikan.


Keperluan:
a. Ijazah sarjana muda (minima), Ijazah Sarjana.
b. Pengalaman 2-5 tahun dalam penulisan, penyuntingan dan penyelidikan.
c. Kefahaman mendalam tentang nuansa politik dan tadbirurus Malaysia
d. Minima: petah berbahasa Melayu dan Inggeris; kemahiran dalam
bahasa-bahasa lain tambahan yang penting.
e. Kemahiran menggunakan komputer dan Internet
f. Sikap yang profesional, ketrampilan yang mesra dan etika kerja yang
penuh berdedikasi.
g. Kebolehan dan kesanggupan bekerja dalam keadaan waktu kerja yang panjang
dan pada bila-bila waktu.


4. Pegawai Keselamatan


Gambaran kerja:
a. Menyelia semua aturan keselamatan untuk DSAI pada setiap masa.
b. Mengurus kakitangan keselamatan peribadi DSAI.


Keperluan:
a. Pengalaman mendalam 5-10 tahun sebagai eksekutif keselamatan.
b. Pengalaman dan kefahaman tentang isu-isu keselamatan yang khusus kepada
keadaan Malaysia.
c. Sikap yang profesional, ketrampilan yang mesra dan etika kerja yang
penuh berdedikasi.
d. Kebolehan dan kesanggupan bekerja dalam keadaan waktu kerja yang panjang
dan pada bila-bila waktu.


5. Pembantu Khas


Gambaran kerja:
a. Membantu dalam semua perihal ad hoc yang mungkin timbul dalam Pejabat
DSAI.
b. Melakukan kerja-kerja am, dan menyumbang tenaga kerja dan sokongan dalam
sebarang senario yang mungkin timbul.


Keperluan:
a. Sikap yang profesional, ketrampilan yang mesra dan etika kerja yang
penuh berdedikasi.
b. Mempunyai kenderaan sendiri.
c. Mampu belajar dengan pantas dan menyesuaikan diri kepada situasi yang
pantas berubah.
g. Kebolehan dan kesanggupan bekerja dalam keadaan waktu kerja yang panjang
dan pada bila-bila waktu.
Back to top Go down
View user profile http://arapaima.forumotion.com
 
Sesapa yang berminat untuk bekerja di Pejabat Dato ’ Seri Anwar Ibrahim
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Ixora chinensis -"santan"
» Mai-HiME: Manga or Anime?
» Mai-HiME Manga: "WHAT IF"s?!
» Which should come out first?
» Wallpaper I made

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Arapaima Forum Lounge :: Main Forum :: Jawatan Kosong / Iklaneka-
Jump to: