Arapaima Forum Lounge


 
HomeHome  PortalPortal  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 Jawatan Kosong Di Majlis Peperiksaan Malaysia

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
avatar

Posts : 302
Join date : 2008-03-21

PostSubject: Jawatan Kosong Di Majlis Peperiksaan Malaysia   Wed May 07, 2008 1:14 pm

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti yang berikut.


A. SYARAT LANTIKAN
JAWATAN 1

Akauntan Gred W41 atau Gred W44 yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan/badan berkanun/pihak berkuasa tempatan adalah layak di pertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Akauntan Gred W44 atau W48 dengan memenuhi syarat-syarat berikut:

(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan;
(d) diperakukan oleh ketua perkhidmatan.
JAWATAN 2

(i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
(Gaji permulaan: P1T8 RM2,345.69); DAN
(ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 3

(i) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari universiti tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya serta Diploma Pendidikan atau kelayakan perguruan lain yang setaraf dengannya. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang membuat pengkhususan dalam bidang Sains Sukan, Seni Visual, Biologi atau Matematik. (Gaji permulaan: P1T4 RM1,967.20); DAN
(ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 4
(i) Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan: P1T1 RM1,544.86); DAN
(ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 5
(i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan: P1T5 RM1,470.75); atau
(iii) Bekas Inspektor Polis Diraja Malaysia atau Leftenan Angkatan Tentera Malaysia atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
(iv) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:

(a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57 m bagi lelaki dan 1.53 m bagi wanita tanpa sepatu;
(b) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
(c) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurannya 79 cm dan semasa menarik nafas 84 cm (lelaki sahaja);
(d) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan mata kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
(e) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; DAN
(v) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
JAWATAN 6
(i) Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(ii) Bekas Konstabel Polis Diraja Malaysia atau Prebet Angkatan Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan;
(iii) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut.

(a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57 m bagi lelaki dan 1.53 m bagi wanita tanpa sepatu;
(b) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
(c) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79 cm dan semasa menarik nafas 84 cm (lelaki sahaja);
(d) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata; dan
(e) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; DAN
(iv) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah/Sijil Rendah Pelajaran atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (Gaji permulaan: P1T1 RM 740.62)
B. CARA MEMOHON

(i)
Borang Permohonan MPM 1 boleh diperolehi daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran, Bangunan MPM, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan atau mencetak sendiri daripada laman web www.mpm.edu.my.
(ii) Calon-calon yang ingin memohon borang MPM1 melalui pos dari Majlis Peperiksaan Malaysia mestilah menyertakan sampul surat berukuran (23cm x 10cm) yang beralamat sendiri serta mempunyai setem bernilai 50sen.

(iii) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar ukuran pasport, salinan sijil persekolahan, salinan Ijazah/Diploma/Sijil (berserta transkrip keputusan peperiksaan), salinan sijil lain yang berkaitan, dan salinan kad pengenalan yang telah disahkan.
(iv) Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing berserta dengan salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terkini. Bagi pegawai Perkhidmatan Pendidikan, hanya mereka yang telah disahkan dalam jawatan dan telah berkhidmat sebagai guru tidak kurang daripada 5 tahun layak memohon.
(v) Nama jawatan yang dipohon hendaklah ditulis pada sudut atas sebelah kiri sampul surat.
(vi) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah di hantar kepada:
Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Bangunan MPM, Persiaran 1
Bandar Baru selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
(u.p: Bahagian Pengurusan Personel dan Pentadbiran)

C. CATATAN AM

(i) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temu duga.
(ii) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Peperiksaan Malaysia bagi permohonan yang tidak berjaya.
(iii) Sebarang permohonan yang lewat, tidak lengkap, dan tidak mematuhi syarat akan ditolak dan dianggap tidak berjaya.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 12 MEI 2008

_________________


Back to top Go down
View user profile http://arapaima.forumotion.com
 
Jawatan Kosong Di Majlis Peperiksaan Malaysia
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» my trip to Legoland Malaysia NOV 2012
» GBH Crown Lynn Kuala Lumpur Malaysia
» I AM MALAYSIA STONE LOVER!
» Some Stunning Wrightia Religiosa from Malaysia.
» 3rd Malaysia Bonsai Carnival-Baeckea Frutescens almost steal the show

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Arapaima Forum Lounge :: Main Forum :: Jawatan Kosong / Iklaneka-
Jump to: